Pertempuran Marathon

Pertempuran Marathon
Sebahagian daripada Perang Yunani-Parsi

Dataran Marathon hari ini.
TarikhOgos/September (Kalender Attic/Metageitnion), 490 SM
Lokasi
Marathon, Yunani
Keputusan Kemenangan Yunani mutlak. Pihak Parsi dihalau keluar dari Yunani selama 10 tahun.
Pihak yang terlibat
Athens,
Plataea
Empayar Achaemenid/Empayar Parsi
Komandan dan pemimpin
Miltiades,
Callimachus  
Datis
Artaphernes (anak Artaphernes)
Kekuatan
9,000–10,000 warga Athens,
1,000 warga Plataea
25,000 askar infantri dan 1,000 askar berkuda (anggaran moden)
Kerugian dan korban
192 warga Athens,
11 warga Plataea (Herodotus)
1,000–3,000 mati (anggaran moden)
6,400 terkorban
7 kapal binasa (Herodotus)
4,000–5,000 terkorban (anggaran moden)
Lokasi pertempuran Marathon

Pertempuran Marathon (Bahasa Yunani Kuno: Μάχη τοῦ Μαραθῶνος, Machē tou Marathōnos) berlangsung pada 490 SM di dataran Marathon terletak 26 batu dari Athens di pesisiran timur laut Yunani. Ia berlaku antara negara-negara kota Athens dan Plataea yang dipimpin oleh Miltiades dengan tentera Empayar Parsi yang dipimpin bersama Artaphernes dan Datia. Ia dimenangi oleh Miltiades. Anggaran bilangan tentera yang terbabit adalah 10,000 orang warga Athens dan 1,000 orang warga Platea menentang 15,000 anggota tentera Parsi.

Pertempuran ini berjaya dimenangi pihak Yunani lalu menjadi titik penting dalam Perang Yunani-Parsi yang mengekalkan kebebasan negara bandar mereka serta menahan kemaraan dan penaklukan Parsi selama beberapa abad. Ia menjadi pembangkit semangat pihak Yunani bagi menyedari bahawa mereka berpeluang untuk berjaya untuk kali keduanya.

Butiran tepat permulaan perang ini didasarkan perkiraan falaki lalu diselaraskan dengan pentarikhan takwim Julius yang dipersetujui para sejarawan semasa - Philipp August Böckh terdahulu mencadangkan tarikh 12 September 490 SM yang diterima umum, namun tanggal 12 Ogos 490 SM juga diterima berdasarkan pertimbangan penggunaan takwim Sparta yang sebulan ke hadapan daripada takwim Athens.