Yunani

Republik Yunani
[Ελληνική Δημοκρατία] Error: {{Lang}}: invalid parameter: |3= (help)
Bendera Jata
Cogan kataEleftheria i Thanatos, (Ελευθερία ή Θάνατος", "Merdeka atau Mati")
Lagu kebangsaanὝμνος εἰς τὴν Ἐλευθερίαν (Ýmnos eis tīn Eleftherían, Lagu kepada Kebebasan)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Athens
Bahasa rasmiBahasa Yunani
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Katerina Sakellaropoulou
Kyriakos Mitsotakis
• Presiden Parlimen
Konstantinos Tasoulas
Penubuhan
3000 SM
• Kemerdekaan daripada Kerajaan Uthmaniyah
28 Mac 1821
• Diiktiraf
1832
Keluasan
• Jumlah
131,957 km2 (50,949 bt2) (ke-95)
• Perairan (%)
0.8669
Populasi
• Perkiraan 2019
10,724,599orang (ke-85)
• Bancian Penduduk 2011
10,816,286 orang
82/km2 (212.4/sq mi) (ke-125)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$337.900 bilion (ke-55)
$31,616 (ke-50)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$222.785 bilion (ke-50)
$20,845 (ke-39)
Gini (2019) 31.0
sederhana · ke-60
HDI (2018) 0.872
sangat tinggi · ke-32
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+2 (WET3)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (WEST)
Kod panggilan30
Kod ISO 3166GR
DPT internet.gr
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"

Yunani (nama rasminya Republik Yunani - Bahasa Yunani: Ελληνική Δημοκρατία, Ellīnikī́ Dīmokratía, [e̞liniˈkʲi ðimokraˈti.a]) ialah sebuah negara di tenggara Eropah dan terletak di hujung semenanjung Balkan. Negara ini bersempadankan Bulgaria, Macedonia Utara dan Albania di utara, Turki dan Laut Aegia di timur, serta menghadap Laut-Laut Mediterranean dan Ionia masing-masing di selatan dan baratnya. Dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat, Yunani mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar mempengaruhi tiga benua utama dunia mengelilinginya iaitu Eropah, Asia dan Afrika.

Jarak pesisiran pantai Yunani ke-12 terpanjang di dunia serta paling panjang di rantau Mediterranean iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang. Ada sembilan kawasan utama yang mendirikan Yunani ini: Makedonia, Yunani Tengah, Peloponnesos, Thessalia, Epiros, Kepulauan Aegea (termasuk Dodekanisa dan Kyklades), Thrake, Kriti dan Kepulauan Ionia. Ibukotanya Athens di kawasan Tengah negara ini.

Negara Yunani moden mula ditubuhkan pada tahun 1830, yakni pasca Perang Kemerdekaan Yunani. Ia merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sejak 1981. Sebelumnya telah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1952. Terbaru, Yunani merupakan ahli dalam Agensi Angkasa Eropah (ESA) sejak tahun 2005. Kota Athens merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Yunani.