Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia
| Ditubuhkan | 19 April 1930 |
|---|---|
| Penggabungan FIFA | 18 Jan 1952 |
| Presiden | Erick Thohir |
| Tapak sesawang | [1] |
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (atau nama singkatannya PSSI) ialah badan pentadbiran bola sepak di Indonesia (dikenali di sana dengan istilah "sepak bola"). Ia diasaskan pada 19 April 1930 iaitu 15 tahun sebelum kemerdekaan Indonesia dari kekuasaan pihak Belanda. PSSI menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1954 dan FIFA pada tahun 1952. Di dalam senarai bola sepak antarabangsa terkini, bola sepak Indonesia disenaraikan di tangga ke-166.