Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
MDEC
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk5 Jun 1996 (1996-06-05)
Ibu pejabat2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor
Eksekutif agensi
  • Encik Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Digital Malaysia
Laman sesawang
mdec.my

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Digital Economy Corporation, secara rasmi disingkat sebagai MDEC) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Digital Malaysia. Ditubuhkan pada 1996, ia dahulu dikenali sebagai Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. sebelum dinaik taraf menjadi sebuah agensi kerajaan. Misinya ialah untuk membangunkan ekonomi digital negara dan tertumpu kepada memacu pelaburan, membina juara teknologi tempatan, memangkin ekosistem inovasi digital dan menyebarkan keterangkuman digital. MDEC juga bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.