Perang saudara Libya

Perang Saudara Libya 2011
Sebahagian daripada Kebangkitan dunia Arab

(situasi pada 11 April 2011)
Tarikh15 Februari 2011 – 23 Oktober 2011
(8 bulan, 1 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Libya
Status Berterusan
Pihak yang terlibat

Majlis Peralihan Negara

  • Tentera Libya Bebas
  • Tentera Udara Libya Bebas

Persidangan Negara Pembangkang Libya  Tunisia

Puak Anti-Gaddafi


Anggota-anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguatkuasakan Resolusi UNSC 1973:

Templat:Collapsible bulletlist

 Libya

  • Angkatan Tentera Libya
    • Tentera Darat Libya
    • Tentera Udara Libya
    • Tentera Laut Libya
  • Askar upahan asing
Komandan dan pemimpin

Mustafa Abdul Jalil
Omar El-Hariri
Abdul Fatah Younis
Suleiman Mahmoud
Khalifa Belqasim Haftar


Charles Bouchard

Muammar Gaddafi
Saif al-Islam al-Gaddafi
Khamis al-Gaddafi

Abu-Bakr Yunis Jabr
Kekuatan

Kira-kira 17,000 sukarelawan pada 24 Mac (1,000 orang terlatih pada 23 Mac)


Angkatan Antarabangsa: Banyak tentera udara dan maritim
10,000–20,000+ askar, bilangan militia tidak pasti
Kerugian dan korban

2,034-2,770 pejuang, aktivis dan penyokong pembangkang terbunuh


Angkatan Antarabangsa: 1 USAF F-15E Strike Eagle terhempas (kedua-dua juruterbang terselamat)
849-922 askar terbunuh
Anggaran jumlah korban kedua-dua pihak termasuk orang awam:
2,000–10,000

Perang saudara Libya 2011 ialah konflik bersenjata yang berlangsung di negara Libya antara pihak yang cuba menggulingkan Muammar Gaddafi lalu mengadakan pilihan raya demokratik, dan angkatan pro-Gaddafi. Situasi ini bermula dengan tunjuk perasaan damai yang cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi sejak 15 Februari 2011. Seminggu kemudian, pemberontakan ini telah merebak ke merata negara dan Gaddafi bergelut untuk mempertahankan penguasaannya. Gaddafi membalas dengan kekuatan tentera dan langkah-langkah lain seperti penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.

Kemudian, keadaan ini bertukar menjadi konflik bersenjata, apabila pihak pemberontak membentuk sebuah gabungan bergelar Majlis Peralihan Kebangsaan yang bertapak di Benghazi. Mahkamah Jenayah Antarabangsa memberi Gaddafi amaran bahawa beliau dan ahli-ahli kerajaannya mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk membeku aset-aset Gaddafi dan 10 orang sekutunya serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Resolusi itu juga merujukkan tindakan-tindakan pemerintahan Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat. Pada awal Mac, angkatan Gaddafi berarak ke arah timur dan menawan semula beberapa kota pinggir pantai sebelum menyerang Benghazi. Satu lagi resolusi PBB membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya. Kerajaan Gaddafi kemudiannya mengumumkan gencatan senjata, tetapi gagal mematuhinya sendiri.