Pasangan Perdana Menteri Malaysia

Pasangan Perdana Menteri Malaysia
Penyandang
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
sejak 24 November 2022
GelaranYang Amat Berbahagia
Bidang kuasaMalaysia
KediamanSeri Perdana
Dibentuk31 Ogos 1957
Pemegang pertamaSharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
sunting ยท sunting di Wikidata

Pasangan Perdana Menteri Malaysia merupakan gelaran kehormat merujuk kepada pasangan kepada ketua kerajaan Malaysia, yakni Perdana Menteri Malaysia. Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, gelaran ini sentiasa diisi oleh perempuan, oleh itu, pasangan ini turut dikenali sebagai isteri Perdana Menteri. Terdapat segelintir pengkritik yang cuba menggelar isteri perdana menteri sebagai "Wanita Pertama Malaysia", seakan sama seperti gelaran Wanita Pertama yang digunakan di negara republik, walaupun begitu, gelaran Wanita Pertama ini tidaklah diiktiraf secara rasmi. Setakat ini, seramai 10 orang wanita berpeluang memegang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia.