Parti Gerakan Indonesia Raya

Parti Gerakan Indonesia Raya
Partai Gerakan Indonesia Raya
SingkatanGerindra
PengerusiPrabowo Subianto
PengasasPrabowo Subianto
Diasaskan6 Februari 2008 (2008-02-06)
PecahanGolkar
Ibu pejabatJalan RM. Harsono Nomor 54, Ragunan, Pasar Minggu, Jakarta 12550
Keanggotaan (2022)498.963
Ideologi
Kedudukan politikSayap kanan ke kanan jauh
Hubungan serantauGabungan Indonesia Maju
Warna     Merah
Tapak sesawanggerindra.id
Pautan lain
DPR
78 / 575
sunting · sunting di Wikidata

Parti Gerakan Indonesia Raya atau Partai Gerindra, adalah sebuah parti politik di Indonesia yang didirikan dan diketuai oleh Prabowo Subianto. Parti Gerindra ditubahkan bertarikh 6 Februari 2008. Pegawai dan ahli politik parti ini dicirikan oleh pakaian safari berlengan pendek dan panjang, serta kopiah hitam.

Dalam tempoh pentadbiran 2009-2014, Parti Gerindra berada di luar kabinet bersama kerajaan pusat PDI-P dan Parti Hanura.

Pada Pilihan Raya Perundangan 2014, Parti Gerindra mendapatkan 73 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. Parti Gerindra mencalonkan Prabowo Subianto selaku Ketua Dewan Pembina sebagai calon presiden pada pemilihan umum Presiden di tahun tersebut. Dalam tempoh 2014-2019, Parti Gerindra kembali berada di luar kabinet pemerintahan pusat bersama PKS dan Parti Demokrat.

Pada pilihan raya presiden 2019, Parti Gerindra kembali mencalonkan ketua dewan pembina, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno, bekas anggota Parti, sebagai calon presiden dan Timbalan presiden bersama parti lainnya yang tergabung dalam Koalisi Indonesia Adil Makmur.

Dalam tempoh 2019-2024, Partai Gerindra berada di gabungan pemerintahan Jokowi-Amin dengan tergabung ke Kabinet Indonesia Maju