Pangkat tentera
Pangkat tentera adalah satu sistem perhubungan hierarki dalam angkatan tentera, polis, agensi perisikan atau institusi lain yang disusun bersama kelompok tentera. Lazimnya, pakaian seragam menandakan pangkat si pemakai dengan insignia khusus yang diletakkan pada pakaian seragam. Sistem pangkat yang dilaksanakan bagi kebanyakkan sejarah ketenteraan membawa kelebihan buat operasi tentera, terutamanya dari segi logistik, pemerintahan, dan penyelarasan; seperti mana masa berterusan dan operasi tentera menjadi lebih besar dan lebih rumit, pangkat tentera bertambah dan sistem pangkat sendiri menjadi lebih rumit.
Di dalam angkatan tentera moden, penggunaan pangkat menjadi universal. Negara-negara komunis ada kalanya memansuhkan pangkat (contohnya Tentera Merah Soviet 1918–1935, Tentera Pembebasan Rakyat China 1965–1988, dan Angkatan Tentera Albania 1966–1991), namun ia diwujudkan semula selepas menghadapi kesukaran operasi perintah dan kawal.
Angkatan Tentera Malaysia | ||
| Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara |
| Pangkat Pegawai Angkatan Tentera | ||
| Fil Marsyal | Laksamana Armada | Marsyal TUDM |
| Jeneral | Laksamana | Jeneral TUDM |
| Leftenan Jeneral | Laksamana Madya | Leftenan Jeneral TUDM |
| Mejar Jeneral | Laksamana Muda | Mejar Jeneral TUDM |
| Brigedier Jeneral | Laksamana Pertama | Brigedier Jeneral TUDM |
| Kolonel | Kepten | Kolonel TUDM |
| Leftenan Kolonel | Komander | Leftenan Kolonel TUDM |
| Mejar | Leftenan Komander | Mejar TUDM |
| Kapten | Leftenan | Kapten TUDM |
| Leftenan | Leftenan Madya | Leftenan TUDM |
| Leftenan Muda | Leftenan Muda | Leftenan Muda TUDM |
| Pegawai Kadet Kanan | ||
| Kadet | ||
| Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera | ||
| Pegawai Waran I | Pegawai Waran I | Pegawai Waran Udara I |
| Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | Pegawai Waran Udara II |
| Staf Sarjan | Bintara Kanan | Flait Sarjan |
| Sarjan | Bintara Muda | Sarjan Udara |
| Koperal,Bombardier | Laskar Kanan | Koperal Udara |
| Lans Koperal,Lans Bombardier | Laskar Kelas I | Laskar Udara Kanan |
| Laskar Kelas II | Laskar Udara I | |
| Laskar Udara II | ||
| Prebet,Renjer,Trooper,Gunner,Sapper | Laskar Muda | Laskar Udara |
| Perajurit Muda | Perajurit Muda | Perajurit Muda |