Rampasan Air France 1976

Operasi Entebbe
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel

Komando Israel dari Sayeret Matkal selepas operasi itu
TarikhJulai 4 1976
Lokasi
Lapangan Terbang Entebbe, Uganda
Keputusan Tebusan diselamatkan
Pihak yang terlibat
 Israel PFLP
 Jerman Revolutionäre Zellen
 UgandaUganda
Komandan dan pemimpin
Yonatan Netanyahu† Wadie Haddad
Wilfried Böse
Idi Amin
Kekuatan
29 Komando Tidak Diketahui
Kerugian dan korban
Terbunuh
Yonatan Netanyahu
Tiga tebusan
Cedera
Lima komando
Terbunuh
6 perampas
45 askar Uganda

Operasi Entebbe, juga dikenali sebagai Peristiwa Entebbe dan kadangkala disebut sebagai Serangan Entebbe, merupakan satu misi menyelamat yang dilakukan oleh Sayeret Matkal (pasukan khas elit Israel) untuk membebaskan para tebusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda. Ia berlaku pada malam 3 Julai dan awal pagi 4 Julai, 1976. Ia telah dirancang secara rahsia dan dilakukan menentang kerajaan Uganda, yang mana ketuanya Idi Amin menyokong perampasan tersebut. Dalam kejadian ini, seorang askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan telah terbunuh, manakala 100 orang tebusan telah berjaya dibebaskan.

Operasi ini dikenali juga sebagai Operasi Thunderbolt (atau Operasi Thunderball) oleh perancang ketenteraan Israel yang mana telah merancang dan melaksanakan operasi ini. Ia juga dinamakan semula sebagai Operasi Yonatan sebagai memperingati komander serangan berkenaan, Kolonel Yonatan "Yoni" Netanyahu, satu-satunya askar Israel yang terbunuh dalam serangan ini dan merupakan abang kepada Benjamin Netanyahu, yang kemudiannya telah menjadi Perdana Menteri Israel.