Olympiakos F.C.

Olympiakos
Nama penuhΠΑΕ Ολυμπιακός Σύνδεσμος Φιλάθλων Πειραιώς
GelaranΤhrylos (Lagenda)
Erythrolefkoi (Merah Putih)
Diasaskan10 Mac 1925 (1925-03-10)
StadiumStadium Karaiskakis
Pireas, Attica, Yunani
(Kapasiti: 33,449 )
PemilikEvangelos Marinakis
PengerusiEvangelos Marinakis
PengurusJosé Luis Mendilibar
LigaLiga Super Yunani
2024/25Liga Super Yunani, Pertama
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Olympiakos F.C. (Yunani: ΠΑΕ Ολυμπιακός), juga dikenali sebagai Olympiacos, Olympiacos Piraeus ataupun nama penuhnya Olympiacos S.F.P. (Yunani: Oλυμπιακός Σύνδεσμος Φιλάθλων Πειραιώς, rumi: Olympiakós Sýndesmos Filáthlo̱n Peiraió̱s - "Kelab Olimpik Peminat Pireas") merupakan kelab bola sepak Yunani yang berpangkalan di Piraeus.

Olympiacos merupakan kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Yunani yang pernah memenangi 48 gelaran liga Yunani, 29 Piala Yunani dan 4 Piala Super Yunani dan jumlahnya 82 juara kebangsaan. Dalam pentas Eropah, kelab memenangi Liga Konferensi UEFA 2023–24. Pasukan U–19 kelab itu juga memenangi Liga Belia UEFA 2023–24, sekali gus menjadi satu-satunya kelab yang memenangi dua trofi Eropah dalam satu musim. Kelab ini juga telah berjaya melangkah ke suku akhir sebanyak dua kali iaitu Liga Juara-Juara UEFA 1998-1999 dan Piala Juara-Juara Eropah 1992-93. Olympiakos merupakan salah satu ahli Persatuan Bola Sepak Eropah (ECA).

Stadium Olympiakos ialah Stadium Karaiskakis yang terletak di Piraeus. Kelab ini merupakan kelab yang paling popular di Yunani dengan sekitar dua setengah juta peminat di Yunani dan sejuta peminat komuniti Yunani di seluruh dunia. Olympiakos di tempat keenam pada tahun 2006 senarai kelab terbesar mengikut pembayaran pemain. Musuh utama kelab ini ialah Panathinaikos.