Moksha

Moksha (asal Sanskrit: मोक्ष, mokṣa), juga dipanggil vimoksha, vimukti, samukasayam dan mukti, adalah konsep dalam agama Hindu, Buddha, Jain dan Sikh yang merujuk kepada berbagai-bagai bentuk pembebasan, pencerahan dan pelepasan. Dalam konteks soteriologi dan eskatologi, ia merujuk kepada kebebasan dari saṃsāra, kitaran kematian dan kelahiran kembali. Dalam epistemologi dan psikologi deria pula, ia merujuk kepada kebebasan dari kejahilan: kesedaran diri dan pengetahuan diri.