Mika

Iman Mikkel (Jawi: ميكا), batu cermin (Jawi: باتو چرمين‎) atau abrak (Jawi: ابرق‎) adalah jenis galian merangkumi beberapa batu berkait rapat yang memiliki ira dasar yang hampir sempurna. Galian-galian ini sering dijumpai terlekat berketulan pada batu-batu igneus dan metamorf mahupun berserpihan pada batuan enapan. Ia paling dapat ditemukan pada banyak granit, pegmatit dan syis.

Kesemuanya adalah monoklin, dengan kecenderungan kearah kristal pseudoheksagon, dan komposisi kimia yang sama. Ira dasar yang hampir sempurna, yang merupakan ciri paling menonjol bagi mika, dijelaskan oleh aturan menyerupai lembaran heksagon bagi atomnya.