Menara Eiffel

Menara Eiffel
Tour Eiffel (Perancis)
Dilihat dari Champ de Mars
EtimologiGustave Eiffel
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di dunia dari 1889 hingga 1930
Maklumat umum
JenisMenara pemerhatian
Menara penyiaran
Lokasi7th arrondissement, Paris, France
NegaraPerancis
Koordinat48°51′29.6″N 2°17′40.2″E / 48.858222°N 2.294500°E / 48.858222; 2.294500
Pembinaan bermula28 January 1887 (28 January 1887)
Disiapkan pada31 March 1889 (31 March 1889)
Pembukaan15 May 1889 (15 May 1889)
Dirasmikan pada31 Mac 1889 dan 15 Mei 1889
PemilikBandar Raya Paris, France
PengendaliSociété d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE)
Maklumat ketinggian
Seni bina300 m (984 ka)
Puncak330 m (1,083 ka)
Tingkat teratas276 m (906 ka)
Maklumat matra
Berat10,100 t
Butiran teknikal
BahanWrought iron (en) kelulipuddled iron (en)
Bilangan tingkat4 (3 Boleh Diakses + 1 Baki)
Lif/mesin pengangkat8
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekStephen Sauvestre
Jurutera penstrukturanMaurice Koechlin
Émile Nouguier
Kontraktor utamaCompagnie des Etablissements Eiffel
Tapak web
toureiffel.paris/en
Rujukan
I.  "Eiffel Tower". Emporis. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2016.
Sebahagian dariParis, Tebing Seine
KriteriaCultural: i, ii, iv
Rujukan600
InskripsiSesi 1991 (ke-15 )
sunting · sunting di Wikidata

Menara Eiffel (Perancis: Tour Eiffel [tuʁ ɛfɛl]  ( dengar)) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Ia dinamakan sempena perancangnya, Gustave Eiffel, yang mengetuai syarikat membinanya dari 1887 hingga 1889.

Menara ini bertapak segi empat sama berukuran 125 meter (410 kaki) pada setiap sisi; ia memiliki ketinggian 330 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m ditambah tahun 1957. Ia merupakan struktur pertama di dunia untuk melepasi kedua-dua tanda ketinggian 200 meter dan 300 meter bahkan juga mengatasi Monumen Washington sebagai binaan buatan manusia tertinggi di dunia sezamannya selama 41 tahun sehingga Bangunan Chrysler di Bandar Raya New York siap pada tahun 1930.

Ia merupakan monumen yang paling kerap dilawati dengan kenaan yuran kemasukan di dunia: seramai 6,428,441 orang paling ramai melawatnya pada 2005, ia menerima 5,889,000 pelawat pada 2022. Ia diberi pengiktirafan sebagai monumen bersejarah pada tahun 1964, dan diterapkan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO merangkumi tebing keliling Sungai Seine pada tahun 1991.