Masakan gabungan
Masakan gabungan (Jawi: ماسقن ݢابوڠن) atau masakan lakuran (Jawi: ماسقن لاکورن) atau masakan fusion adalah masakan yang menggabungkan unsur-unsur tradisi masakan yang berbeza. Masakan jenis ini tidak dikategorikan mengikut mana-mana satu gaya masakan tertentu dan telah memainkan peranan dalam inovasi banyak masakan di restoran kontemporari sejak tahun 1970-an.