Logik


Logik (Jawi: لوڬيك‎), logika (Jawi: لوڬيكا‎, Latin: logica; daripada perkataan Yunani λόγος logos; bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip) atau mantik (serapan Arab: مَنْطِق, rumi: manṭiq terbitan kata kerja نَطَقَnaṭaqa "berckap; menyebut; berkata") ialah satu pengajian tentang prinsip-prinsip mengesahkan sesuatu hujah diujarkan mempunyai suatu pernyataan menyokong utuh ("premis") yang menyokong kesimpulan di akhirnya– tidak semua ujaran difikiran mengandungi hujah yang munasabah. Penyahihan ini ditaakulsama ada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung) dan berbukti (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian).

Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara.Secara amnya logik difahami sabagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia,iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.