Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau
Bandar Udara Internasional Minangkabau
  • IATA: PDG
  • ICAO: WIPT
Maklumat umum
Dinamakan sempenaMinangkabau
JenisAwam
PengendaliPT Angkasa Pura II
BerkhidmatPadang, Sumatra Barat, Indonesia
LokasiKetaping, Padang Pariaman
Capaian transit awamMinangkabau International Airport railway station (en)
Tapak sesawangMinangkabauAirport.com
Sejarah
Dibuka22 Ogos 2005
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi
Ketinggian AMSL18 ft / 5 m
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
15/33 2,749 9,020 Asfalt
Peta
sunting · sunting di Wikidata

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (IATA: PDGICAO: WIPT) merupakan lapangan terbang (atau "bandar udara") sivil bagi daerah Sumatra Barat di pulau Sumatra, Indonesia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 23 km dari kota Padang, di Ketaping, Kabupaten Padang Pariaman dan mempunyai sebuah stesen terminal yang menyelunsuri penerbangan di dalam dan luar negara.

Lapangan terbang ini memiliki 17 buah kaunter pendaftaran penumpang, 5 tali sawat penyampai dan 9 kaunter jualan tiket. Terdapat rencana untuk memanjangkan lagi landasan kapal terbang sebanyak 250 meter supaya ia dapat menampungi pesawat Boeing 747, dan juga untuk menyambung lapangan terbang ini dengan kota Padang melalui perkhidmatan kereta api.

Nama lapangan terbang ini diambil dari nama suku kaum terbesar di provinsi tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ini mula beroperasi sejak Julai 2005, menggantikan lapangan terbang yang lama, Tabing di Padang, Indonesia, yang sekarang menjadi pengkalan Angkatan Udara Indonesia.