Kwasa Damansara
Kwasa Damansara | |
|---|---|
Bandar | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 桂莎白沙罗 Guì shā bái shā luó (Pinyin) |
| • Tamil | குவாசா டாமன்சாரா Kuvācā Ṭāmaṉcārā (Transliterasi) |
Kwasa Damansara Lokasi di Selangor dan Semenanjung Malaysia Kwasa Damansara Kwasa Damansara (Semenanjung Malaysia) | |
| Koordinat: 3°10′N 101°34′E / 3.167°N 101.567°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Mula bina | 2012 |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 9.39 km2 (3.63 batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Laman sesawang | kwasaland |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "image"
Kwasa Damansara merupakan sebuah bandar baru terletak di kawasan parlimen Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di arah utara dari Kota Damansara dan arah selatan dari Sungai Buloh. Projek pembangunan dijangka akan berlangsung lebih dari 20 tahun dari tahun 2015 dan kini sedang dalam proses pembangunan dan pembinaan. Bandar ini merupakan sebahagian daripada Projek Pelan Strategik Metropolitan Kuala Lumpur di dalam Rancangan Malaysia ke-10.