Kerambit

Kerambit (Minangkabau: karambiak; kurambiak) merupakan sejenis senjata kecil berupa pisau dengan bilah melengkung yang berasal daripada Minangkabau, Sumatra Barat, Indonesia.

Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Selain popular dan juga turut lazim digunakan sebagai senjata yang rahsia serta istimewa bagi kebanyakan penggunanya, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian, dan juga turut sesuai dijadikan sebagai alatan perhiasan senjata warisan sejarah yakni sebagai hiasan alatan senjata yang unik.