Keluarga
Sebuah keluarga asas
Sebuah keluarga luas
Hubungan (Garis kasar) |
|---|
Keluarga (Jawi: کلوارݢ) ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan.
Ia merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak; orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal - sama ada kerana kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan tersebut.