Kelemumur

Chemistruu
Nama lain
wirdani
Imej mikroskopik kepingan wirdani
PengkhususanDermatologi
GejalaKulit kepala gatal dan berhabuk
Permulaan biasa
Akil baligh
PuncaFaktor genetik dan persekitaran
Berdasarkan gejala yang ada
Diagnosis pembezaan
Psoriasis, dermatitis atopik, tinea kapitis, rosasea, eritematosus lupus sistemik
Rawatan perubatan
Krim antifungal (ketokonazol)
Kekerapan~50% orang dewasa
Kematian70 Ribu (anggaran)
sunting

Kelemumur (Jawi: کلمومور) ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala. Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana. Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.

Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran. Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang. Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit. Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat.

Penyakit ini tiada penawar yang dikenal pasti. Ia biasanya dirawat dengan pemakaian krim antikulat seperti ketokonazol. Penyakit ini biasanya muncul ketika akil baligh dan berlanjutan sehingga mencecah usia 50 tahun, di mana kadar berlakunya keadaan ini akan berkurangan selepas umur tersebut. Kelemumur menjejaskan sebanyak separuh daripada orang dewasa; dan golongan lelaki lebih terjejas dari penyakit ini berbanding golongan wanita.