Kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle

Sejarah
Perancis
Nama: Charles de Gaulle (R 91)
Bersempena dengan: Charles de Gaulle
Dipesan: 3 Februari 1986
Pembina: DCNS
Dibaringkan: 14 April 1989
Dilancarkan: 7 Mei 1994
Ditauliah: 18 Mei 2001
Dalam perkhidmatan: 18 Mei 2001
Dinamakan semula: Dibaringkan sebagai Richelieu, dinamakan semula Charles de Gaulle pada tahun 1987
Pelabuhan asal: Toulon, Perancis
Nama gelaran: CDG
Penghargaan dan
anugerah:
Jack dengan warna Pasukan Perancis Bebas (depan) dan riben Ordre de la Libération (belakang)
Takdir: Aktif (setakat 2009)
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat
Sesaran:
  • 38,000 tan kosong
  • 42,000 tan muatan penuh
Panjang: 261.5 m keseluruhan
Lunas: 64.36 m keseluruhan
Draught: 9.43 m
Jana kuasa:
  • 2 × reaktor air bertekanan (PWR) K15, 150 MW setiap buah
  • 4 × diesel-elektrik
  • 2 × aci
Halaju: 27 knot (50 km/j)
Jarak: Tiada had
Ketahanan: 45 hari dengan makanan
Kapasiti: 800 komando, 500 tan persenjataan
Anak kapal:
  • Anak kapal: 1,350
  • Sayap udara: 600
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari udara 3D DRBJ 11 B
  • Radar pencari udara DRBV 26D
  • Radar pencari udara aras rendah DRBV 15C
  • Radar perolehan sasaran Arabel
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Pengesan ARBR 21
  • Sut anti periuk api ARBB 33
  • Pemintas ARBG2 MAIGRET
  • 4 × pelancar pengumpan Sagaie
  • Anti torpedo SLAT (Système de lutte anti-torpille)
Persenjataan:
  • 4 × 8 sel pelancar SYLVER yang membawa peluru berpandu permukaan ke udara MBDA Aster 15.
  • 2 × 6 sel pelancar Sadral yang membawa peluru berpandu jarak dekat Mistral
  • 8 × meriam Giat 20F2 20 mm.
Pesawat yang dibawa:

Charles de Gaulle (R91) adalah satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Perancis yang sedang berada di dalam perkhidmatan aktif. Ia juga merupakan kapal pemerintah bagi Tentera Laut Perancis (Marine Nationale). Charles de Gaulle merupakan kapal pengangkut pesawat ke-10 Perancis dan kapal permukaan berkuasa nuklear pertama Perancis. Ia juga merupakan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama dan satu-satunya yang dibina di luar Amerika Syarikat. Kapal ini dinamakan sempena negarawan dan jeneral Perancis Charles de Gaulle.

Charles de Gaulle membawa pesawat Dassault Rafale M dan E-2C Hawkeye selain peralatan-peralatan moden dan peluru berpandu Aster. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat kedua terbesar di Eropah selepas Admiral Kuznetsov. Charles de Gaulle merupakan sejenis kapal pengangkut CATOBAR yang mana menggunakan sistem manjanik sepertimana yang dipasang dan digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz, iaitu manjanik stim 75 m C13-3.