Bahasa Kantonis

Bahasa Kantonis
廣東話/ 廣州話
Gwóngdūng wá/Gwóngjàu wá
Asli kepadaSelatan China, Hong Kong, Makau dan komuniti Cina seberang laut di seluruh dunia
Kawasantengah Guangdong; Delta Sungai Mutiara; timur dan selatan Guangxi; bahagian Hainan
Penutur bahasa
66 juta [1]
Sino-Tibet
  • Rumpun bahasa Sinitik
    • Cina
      • Bahasa-bahasa Yue
        • Yuehai
          • Bahasa Kantonis
Status rasmi
Bahasa rasmi di
KPK Hong Kong dan KPK Makau
Kod bahasa
ISO 639-1zh-yue
ISO 639-3
yue
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "rank" yang tidak diketahui

Bahasa Kantonis, juga dikenali sebagai bahasa Konghu (berasal dari sebutan Hokkien untuk kawasan bandar Guangzhou), ialah salah satu bahasa dari rumpun Yue dari bahasa-bahasa Sino-Tibet. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah Guangxi, Kawasan-kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau serta oleh ramai orang Cina seberang laut di seluruh dunia.

Nama bahasa Kantonis diambil daripada Canton, sempena nama lama wilayah Guangdong. Dalam bahasa itu sendiri ia dikenali sebagai gwong2 dung1 waa2 (Cina Tradisional: 廣東話; Cina Ringkas: 广东话; har. "pertuturan Guangdong"). Dalam bidang akademik "bahasa Kantonis" merujuk kepada kelompok dialek yang dituturkan di wilayah Guangdong. Di antara dialek-dialek tersebut, saling fahaman amat kurang. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai gwong2 fu2 waa2 (Cina Tradisional: 廣府話; Cina Ringkas: 广府话; har. "pertuturan (kawasan) Guangzhou"). dalam bahasa tempatan. Kerana bandar Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran bagi kawasan disekelilingnya, tidak hairan bahawa dialek bandar Guangzhou juga difahami penduduk di luar bandar itu. Memandangkan bahawa dialek bandar Guangzhou dikira sebagai bahasa Kantonis baku, rencana ini membincangkan versi bahasa Kantonis dari bandar Guangzhou.

Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek atau loghat dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difahami. Sistem penomboran Kantonis pula berlainan dengan Mandarin.