Joget Tari Lenggang
"Joget Tari Lenggang" (Jawi: جوݢيت تاري ليڠݢڠ), juga dikenali sebagai "Joget Pahang" (Jawi: جوݢيت ڤهڠ), ialah sebuah lagu rakyat tradisional gubahan Tan Sri P. Ramlee, khusus untuk filem Hang Tuah (1956) yang dibintangi oleh P. Ramlee sendiri, yang mana watak beliau iaitu Hang Tuah menyanyikan lagu ini dalam adegan tari-menari dalam istana. Semenjak itu, lagu ini dirakam semula oleh ramai seniman tanahair.