Jean-Jacques Rousseau
| Jean-Jacques Rousseau | |
|---|---|
potret lukisan Maurice Quentin de La Tour, 1753 | |
| Lahir | 28 Jun 1712 Geneva, Republik Geneva |
| Meninggal dunia | 2 Julai 1778 (umur 66) Ermenonville, Perancis |
| Zaman | Falsafah abad ke-18 (falsafah moden) |
| Aliran | Kontrak sosial Romantisisme |
| Minat utama | Falsafah politik, muzik, pendidikan, kesusasteraan, autobiografi |
| Idea penting | Keazaman am, amour de soi, amour-propre, moral simplicity of humanity, pendidikan bertumpukan anak, agama sivil, kedaulatan rakyat, kebebasan positif, pendapat awam |
Dipengaruhi
| |
Mempengaruhi
| |
| Tandatangan | |
Jean-Jacques Rousseau ([ʒɑ̃ʒak ʁuso]; 28 Jun 1712 – 2 Julai 1778) adalah seorang filsuf, penulis dan penggubah lagu dari Geneva. Falsafah politik beliau mempengaruhi Zaman Pencerahan di seluruh Eropah, serta juga aspek-aspek Revolusi Perancis dan keseluruhan perkembangan politik moden dan pemikiran pendidikan.