Isabella (lagu)

"Isabella"
Lagu oleh Search
daripada album Fenomena
BahasaBahasa Melayu
Dilancarkan1989
Format
GenreHard rock, Rock kapak, Balada
Panjang5:08
SyarikatBMG Pacific Sdn Bhd – PMC/MAL 1033
PenggubahM. Nasir
Penulis seni kataBob Lokman
PenerbitM. Nasir
Senarai runut Fenomena
  1. "Fenomena"
  2. "Purnama"
  3. "Isabella"
  4. "Derap Komando"
  5. "Ku Taklukkan Dunia"
  6. "Menara Kesesatan"
  7. "Bencana"
  8. "Pawana"
  9. "Songsang"
  10. "Gadis Misteri"
"Isabella" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata

Isabella adalah sebuah lagu dendangan kumpulan Search yang diterbitkan menerusi album studio ketiga mereka, Fenomena pada tahun 1989. Lagu Isabella telah mencipta fenomenanya sendiri apabila ia telah menjadi terkenal sehingga ke tanah seberang.

Dengan melodi merdu ciptaan M. Nasir, diiringi lirik indah nukilan Bob Lokman, tidak hairanlah mengapa lagu ini sangat diminati dan diingati oleh setiap golongan lapisan masyarakat.

Di arena muzik tanah air sendiri, lagu Isabella telah layak menyertai Anugerah Juara Lagu 1989 pada tahun itu. Mereka yang pertama kali menyertai pertandingan itu telah berjaya merangkul gelaran Juara menewaskan lagu dendangan kumpulan Illusi dan Ramlah Ram. Lebih membanggakan, mereka juga menang kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.