Tabung Kewangan Antarabangsa
Главное здание МВФ в Вашингтоне | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | IMF |
| Jenis/bentuk sah | Institusi kewangan antarabangsa |
| Tujuan | Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa, memudahkan perdagangan antarabangsa, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari, membuka hasil sumber kepada negara ahli yang menghadapi masalah imbangan pembayaran |
| Bidang | Loan origination |
| Keanggotaan | 191 buah negara |
| Anggota bagi | Rangkaian untuk Menghijaukan Sistem Kewangan, ORCID (2023) |
| Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris |
| Tapak web | imf |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 7 Julai 1944 |
| Pengurusan | |
| Pengarah Urusan | Kristalina Georgieva |
| Organisasi utama | Lembaga gabenor |
| Organisasi induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
| Gabungan | Sistem Bretton Woods |
| Perangkaan | |
| Kakitangan/pekerja | 2,700 |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Washington, D.C., Amerika Syarikat |
| Lokasi |
|
| Koordinat | 38°53′56.42″N 77°2′39.21″W / 38.8990056°N 77.0442250°W |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tabung Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Monetary Fund, IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. Pertubuhan ini beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat. IMF dibentuk pada tahun 1944 dalam Persidangan Bretton Woods, kemudian dirasmikan pada tahun 1945 dengan 29 negara anggota. IMF sejak awal bertujuan menjaga sistem kewangan antarabangsa. Negara anggota menyumbangkan dana dengan menggunakan sistem kuota. Suntikan dana tersebut dapat dipinjam oleh negara-negara yang mengalami kesusahan dalam hutangnya dan kewangannya.