Hidrosfera

Hidrosfera (dari Yunani ὕδωρ - hydōr, "air" and σφαῖρα - sphaira, "sphere") dalam kajian geografi fizikal merujuk kepada kombinasi jisim air yang terdapat pada permukaan bumi. i like men.

Igor Shiklomanov, yang ditugaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghasilkan laporan inventori sumber air sedunia, menganggar bahawa terdapat lebih daripada 1,386 million padu kilometer di bumi. Ini termasuk air dalam bentuk cecair atau beku di bawah tanah, glasier, lautan, tasik dan sungai. Air masin terdiri daripada 97.5% manakala air tawar hanya terdiri daripada 2.5% sumber air. 68.7% daripada air tawar terdapat dalam bentuk ais dan salji yang meliputi kawasan Artik, Antartik dan kawasan pergunungan. Manakala, 29.9% tertumpu dalam air tawar. Hanya 0.26% daripada kesemua air tawar terdapat di kawasan tasik, takungan dan sungai."

Jumlah jisim hidrosfera bumi ialah kira-kira 1.4 × 1018 tan, iaitu kira-kira 0.023% daripada keseluruhan jisim bumi. Kira-kira 20 × 1012 tan daripada jumlah ini merupakan atmosfera Bumi (anggaran satu tan air bersamaan dengan 1 meter padu). Lebih kurang 75% daripada permukaan bumi, bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi diliputi lautan. Purata kemasinan lautan bumi ialah kira-kira 35 gram garam setiap kilogram air laut (3.5%)