Haiwan
| Haiwan Julat zaman: Ediakara - Sekarang
| |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | |
| (tanpa pangkat) | Opisthokonta |
| (tanpa pangkat) | Holozoa |
| (tanpa pangkat) | Filozoa |
| Alam: | Animalia Linnaeus, 1758
|
| Filum | |
| |
Haiwan (Jawi: حيوان) atau binatang (Jawi: بيناتڠ) ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Hampir semuanya dengan seberapa pengecualian, memakan bahan organik, menghirup oksigen, mempunyai myosit dan mampu bergerak, dapat membiak secara seksual, dan tumbuh dari sfera kosong sel, blastula, semasa perkembangan embrio. Haiwan disusun lanjut dalam klad yakni senenek moyang yang sama.
Sebahagian besar filum haiwan yang diketahui, seperti kordata, arthropod, dan moluska, muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin semasa ledakan Cambrian sekitar 542 juta tahun yang lalu.
Manusia memanfaatkan banyak spesies haiwan lain, seperti makanan (termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai haiwan peliharaan, dan sebagai haiwan yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.