Gilgamesh
| Gilgamesh | |
|---|---|
Louvre Museum | |
| Tempat tinggal | Bumi |
| Simbol | Lembu Jantan, Singa |
| Ibu bapa | Lugalbanda dan Ninsun |
Gilgamesh (/ˈɡɪl.ɡə.mɛʃ/; 𒄑𒂆𒈦, Gilgameš, originally Bilgamesh 𒄑𒉈𒂵𒈩) merupakan watak utama dalam epik Gilgamesh, sebuah puisi Akkadia yang dianggap hasil karya agung yang pertama dalam kesusasteraan, dan dalam puisi Sumeria lebih awal. Dalam epik itu, Gilgamesh merupakan separa dewa dari segi kekuatan luarbiasa yang membina tembok kota Uruk untuk mempertahankan kaumnya dan mengembara untuk berjumpa pendita Utnapishtim, yang terselamat dari Banjir Besar .
Gilgamesh pada umumnya dilihat oleh cendikiawan sebagai tokoh sejarah, kerana inskripsi telah dijumpai yang mengesahkan kewujudan tokoh lain yang dikaitan dengan beliau dalam epik ini. Sekiranya Gilgamesh wujud, dia mungkin seorang raja yang memerintah sekitar antara 2800 dan 2500 SM. Daftar Raja Sumeria mendakwa bahawa Gilgamesh memerintah kota Uruk selama 126 tahun. Menurut Prasasti Tummal, Gilgamesh dan anaknya, Urlugal membina semula kuil dewi Ninlil di Tummal, suku suci di bandar nya Nippur.