Gerak Khas The Movie

Gerak Khas The Movie
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
Lakon layar
  • Yusof Haslam
  • Shaharon Anuar
  • Ambri Kailani
  • A. Galak
  • Yusof Kelana
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Sinematografi
  • Omar Ismail
  • Omar Man
Disunting olehSalehan Shamsuddin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 Mac 2001 (2001-03-01) (Malaysia)
Masa tayangan
123 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.35 juta
Pecah panggungRM 4.40 juta

Gerak Khas The Movie merupakan filem aksi kepolisan Malaysia 2001 berdasarkan daripada drama kepolisan Gerak Khas. Ia diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam terbitan Skop Productions, dibintangi oleh Dato' AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim. Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001. Sebanyak dua filem susulannya telah diterbitkan, iaitu Gerak Khas The Movie II (2002) dan GK3 The Movie (2005).