Elektrik
Elektrik (Jawi: ايليكتريق) ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat pengaliran cas-cas positif dan negatif. Ia saling berhubung dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.