Euskadi Ta Askatasuna

Euskadi Ta Askatasuna (disingkatkan kepada ETA - "Kebebasan dan Tanah Air Basque") adalah sebuah organisasi puak pemisah bersenjata dari Negara Basque yang bertujuan memperoleh kemerdekaan daerah Basque dari kerajaan Sepanyol secara paksa. Ia datang daripada sebuah pergerakan pelajar Ekin pada 31 Julai 1959, di mana ahli-ahlinya tidak berpuas hati dengan pendirian Parti Nasionalis Basque yang berfahaman sederhana.

Sejak 1968, ETA telah membunuh lebih dari 800 orang, melukai ribuan orang dan telah menculik puluhan orang. Kelompok ini telah dinyatakan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Sepanyol, pemerintah Perancis, Kesatuan Eropah, dan pemerintah Amerika Syarikat. Sebanyak lebih 300 anggota kumpulan ini berada dalam kurungan penjara di Sepanyol, Perancis and beberapa negara yang lain.

Pada 5 September 2010, kelompok ini kembali menyatakan sebuah gencatan senjata. Pada 7 April 2017, ETA mengeluarkan suatu kenyataan bahawa mereka bersedia melucutkan senjata mereka dan membubarkan diri.