Dhoti

Dhotī atau doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di tanah benua India terdiri daripada kain empat segi panjang berwarna putih yang dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan bahagian depan atau belakang. Ia juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan.

Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai warna malah berhias sulam atau manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti" iaitu, pakaian yang berwarna kuning muda.