Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
| Dewan Perwakilan Amerika Syarikat | |
|---|---|
| ديوان ڤرواکيلن اميريكا شريکت United States House of Representatives | |
Mohor Dewan Perwakilan | |
Bendera Dewan Perwakilan | |
| Kongres Amerika Syarikat ke-119 | |
| Jenis | |
| Jenis | |
Tempoh menjawat | Tiada |
| Kepimpinan | |
Mike Johnson (R) sejak 25 Oktober 2023 | |
Ketua Majoriti | Steve Scalise (R) sejak 3 Januari 2023 |
Ketua Minoriti | Hakeem Jeffries (D) sejak 3 Januari 2023 |
Ketua Pengelola Majoriti | Tom Emmer (R) sejak 3 Januari 2023 |
Ketua Pengelola Minoriti | Katherine Clark (D) sejak 3 Januari 2019 |
Dekan | Hal Rogers (R) sejak 18 Mac 2022 |
| Struktur | |
| Ahli |
|
Kumpulan politik | Majoriti
Minoriti
|
| Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 5 November 2024 |
Pilihan raya seterusnya | 3 November 2026 |
| Tempat persidangan | |
| Kamar Dewan Kapitol Amerika Syarikat Washington, D.C. Amerika Syarikat | |
| Laman sesawang | |
| www | |
| sunting | |
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (Jawi: ديوان ڤرواکيلن اميريكا شريکت, Inggeris: United States House of Representatives) ialah dewan rendah dan salah satu daripada dua dewan Kongres Amerika Syarikat, dengan dewan tertingginya ialah Senat.
Setiap negeri diwakili di dalam dewan adalah berkadar terus kepada penduduk, dan diberikan paling kurang satu wakil. Jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak 435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai kuasa untuk mengubah nombor berkenaan. Setiap perwakilan berkhidmat selama dua tahun. Perwakilan hanya berkhidmat bagi tempoh dua tahun dan mungkin boleh dilantik beberapa kali yang mungkin. Pegawai Pengerusi dewan berkenaan dikenali sebagai Speaker yang dipilih secara undian oleh anggota-anggota dalam dewan tersebut.
Dewan ditugaskan dengan perundangan persekutuan, yang dikenali sebagai bil, dengan, setelah persetujuan Senat, dihantar kepada presiden untuk dipertimbangkan. Dewan ini juga mempunyai kuasa eksklusif: Dewan ini memulai semua bil pendapatan, mendakwa pegawai persekutuan, dan memilih presiden jika tidak ada calon yang mendapat suara terbanyak di Kolej Pilihan Raya. Dewan bersidang di sayap selatan Kapitol Amerika Syarikat. Speaker dan barisan pimpinan Dewan dipilih oleh Kaukus Demokrat atau Sidang Republikan, bergantung kepada mana-mana parti yang mempunyai lebih banyak ahli mengundi.