Darjah kebesaran negeri Sarawak

Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada mereka yang telah memberikan jasa kepada negeri Sarawak, dan masyarakat keseluruhannya. Upacara Penganugerahan tersebut selalunya diadakan di Astana Negeri (Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak).