Citilink

Citilink
Syarikat Penerbangan Citilink
Maskapai Udara Citilink
IATA ICAO Pengenal
QG CTV SUPERGREEN
Ditubuhkan2001 (2001)
Bermula operasi16 Julai 2001 (2001-07-16)
Hab
Hab kedua
Program kesetiaanSupergreen GarudaMiles
Pesawat57 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi69 (jumlah keseluruhan destinasi), 46 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Syarikat indukGaruda Indonesia
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Orang pentingDewa Kadek Rai (CEO),
Juliandra Nurtjahjo (CEO),
Pendapatan USD (US$470.034 ribu) (2015)
USD (US$76.03 juta) (2016)
Pendapatan operasi USD (US$67.08 juta) (2019)
Pendapatan bersih USD (US$152.229 ribu) (2015)
USD (US$9.96 juta) (2016)
Laman webwww.citilink.co.id/en/
www.citilink.co.id

PT Citilink Indonesia, (Syarikat Penerbangan Citilink) atau dapat dikenali sebagai Citilink merupakan syarikat penerbangan tambang murah kebangsaan Indonesia beribupejabatkan di bandaraya Jakarta, Indonesia. Citilink bermula pada tahun 2001 sebagai sesebuah anak syarikat tambang murah kepada Garuda Indonesia, ianya disediakan untuk dapat mengendali perkhidmatan kapal terbang ulang-alik antara serata bandaraya Indonesia. Sejak tarikh 30 Julai 2012, Citilink telahpun rasmi bertindak sebagai sesebuah entiti perniagaan terpisah daripada Garuda Indonesia, mengisytiharkan perasmian 14 kapal terbang berserta lambang khas pertubuhan, pakaian seragam, dan tanda panggilan yang baru. Pusat kegiatan utamanya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Jawa Timur. Kapal terbang Citilink pernah dapatkan larangan daripada melakukan kegiatan penerbangan di kawasan ruang udara Kesatuan Eropah sehingga tarikh 16 Jun 2016. Sejak itu, Citilink dibolehkan untuk menyertai kegiatan penerbangan pada kawasan ruang udara kawasan Kesatuan Eropah.

Mulai dari pemperolehan Sijil Pengendali Udara pada bulan Ogos 2012, Citilink sudahpun membawa 8 juta para penumpang menjelang akhir tahun 2013 dengan kadar penggunaan kapal terbang (occupation rate) mencecah 85 peratus dan berjaya mencecah 87 peratus mengikut Ketepatan Masa Ketibaan (On Time Arrival).