Chữ Nôm
| Chữ Nôm | |
|---|---|
| Jenis tulisan | Logografik
|
Tempoh masa | sekitar 1200-1949 |
| Arah tulisan | Vertical right-to-left, left-to-right |
| Bahasa-bahasa | bahasa Vietnam |
| Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | aksara Cina
|
Chữ Nôm (字喃 atau 𡨸喃 atau 𡦂喃; "tulisan selatan") ialah sistem tulisan bahasa Vietnam yang kini pupus. Sistem tulisan ini menggunakan aksara Cina (yang dikenali sebagai Hán tự dalam bahasa Vietnam), serta aksara-aksara yang direka khas berasaskan gaya Cina. Contoh terawal chữ Nôm yang ada wujud sejak abad ke-13. Penggunaan tulisan ini hampir dihadkan kepada golongan elit Vietnam sahaja yang menggunakannya terutama untuk sastera Vietnam (surat-menyurat rasmi pula biasasnya tidak ditulis dalam bahasa Vietnam, sebaliknya dalam bahasa Cina klasik). Tulisan ini sudah diganti sepenuhnya oleh quốc ngữ yang berasaskan huruf rumi.