Pepatung

Pepatung
Julat zaman: Templat:Fossil range/linked
Vagrant darter
Sympetrum vulgatum
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Odonata
Suborder: Epiprocta
Infraorder: Anisoptera
Selys, 1854
Keluarga
  • Aeshnoidea
    • Aeshnidae (tisik atau coban)
    • Austropetaliidae
  • Gomphoidea
    • Gomphidae (ekor belantan)
  • Petaluroidea
    • Petaluridae (ekor ranggi)
  • Cordulegastroidea
    • Chlorogomphidae
    • Cordulegastridae (ekor duri)
    • Neopetaliidae
  • Libelluloidea
    • Libellulidae (penyiring)
    • Corduliidae (zamrud)
    • Macromiidae (peronda)
    • Synthemistidae (penari)

Pepatung, patung-patung, sibar-sibar, sesibar, sibur-sibur atau capung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota, atau lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. ia berbadan panjang, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan mempunyai mata majmuk bersegi yang besar.

Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik. Serangga ini ditemukan hidup dari aras laut hingga ke gunung-ganang di setiap benua kecuali Antartika. Kebanyak spesies pepatung ada di kawasan tropika, kawasan beriklim sederhana mempunyai bilangan spesies lagi kurang.

Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.