Cameroon

3°52′N 11°31′E / 3.867°N 11.517°E / 3.867; 11.517

Republik Cameroon
ريڤوبليك كامرون
République du Cameroun (Perancis)
Republic of Cameroon (bahasa Inggeris)
Renndaandi Kamerun 𞤈𞤫𞤲𞤲𞤣𞤢𞤢𞤲𞤣𞤭 𞤑𞤢𞤥𞤫𞤪𞤵𞤲 (Fula)
Bendera Jata
Cogan kata
"Paix – Travail – Patrie" (Perancis)
"Keamanan – Kerja – Tanah Air"
Lagu kebangsaan
Ô Cameroun, Berceau de nos Ancêtres (Perancis)
(bahasa Inggeris: "O Cameroon, Cradle of our Forefathers")
Ibu negaraYaoundé
3°52′N 11°31′E / 3.867°N 11.517°E / 3.867; 11.517
Bandar terbesarDouala
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa Perancis
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Pijin Cameroon,
Bahasa Fula
Bahasa Ewondo
Camfranglais
Kumpulan etnik
  • 31% Cameroon Highlanders
  • 19% Bantu Khatulistiwa
  • 11% Kirdi
  • 10% Fulani
  • 8% Bantu Barat Laut
  • 7% Nigritik Timur
  • 13% Kaum Afrika lain
  • <1% bukan Afrika
KerajaanRepublik berperlembagaan semipresiden parti dominan unitari
• Presiden
Paul Biya
• Perdana Menteri
Joseph Ngute
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Perancis
• Pengisytiharaan
1 Januari 1960
• Kemasukan ke PBB
20 September 1960
• Penyatuan
Cameroon British
1 Oktober 1961
Keluasan
• Jumlah
475,442 km2 (183,569 bt2) (ke-53)
• Perairan (%)
0.57
Populasi
• Perkiraan 2021
27,198,628 (ke-56)
• Bancian Penduduk 2005
17,463,836
39.7/km2 (102.8/sq mi) (ke-167)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$95.068 bilion (ke-93)
$3,820 (ke-152)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$38.445 bilion (ke-98)
$1,544 (ke-152)
Gini (2014)46.6
tinggi
HDI (2018) 0.563
sederhana · 150th
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Arah memandukanan
Kod panggilan+237
Kod ISO 3166CM
DPT internet.cm

Republik Cameroon merupakan sebuah negara republik unitari di bahagian tengah Afrika yang bersempadan dengan Nigeria di sebelah barat, Chad di timur laut, Republik Afrika Tengah di timur, Republik Congo, Gabon dan Guinea Khatulistiwa di selatan, dan juga Teluk Guinea di barat daya. Negara ini digelar "Afrika kecil" kerana kepelbagaian geologi dan kebudayaannya; ia tempat tinggal lebih 200 suku etnik dan linguistik yang berlainan. Bahasa Inggeris dan Perancis dijadikan bahasa utamanya, bandar-bandar terbesarnya ialah Douala, Yaoundé, dan Garoua. Cameroon dijadikan Negara ini dikenali dengan gaya muzik tempatannya, terutamanya makossa dan bikutsi, serta juga pasukan bola sepak negara yang berjaya di pentas dunia.

Penghuni-penghuni terawal tanah Cameroon termasuk tamadun Sao sekitar Tasik Chad serta suku pemburu dan pengumpul Baka di hutan hujan tenggara. Peneroka-peneroka dari Portugal mendarat di pantai Cameroon sekitar abad ke-15. Askar-askar Fulani menubuhkan Emiriah Adamawa di bahagian utata pada abad ke-19, manakala pelbagai suku etnik di bahagian barat dan barat laut menubuhkan kerajaan-kerajaan kecil tetapi berkuasa. Cameroon menjadi jajahan Jerman pada tahun 1884. Setelah Perang Dunia Pertama, wilayah ini dibahagikan antara Perancis dan British sebagai mandat Liga Negara-negara. Parti politik Union des Populations du Cameroun mendukung kemerdekaan tetapi diharamkan pada 1950-an, lalu mencetuskan perang terhadap angkatan tentera Perancis dan jajahan Cameroon sehingga 1971. Pada tahun 1960, Cameroun Perancis menjadi merdeka di bawah nama Republik Cameroun dan pimpinan Presiden Ahmadou Ahidjo. Bahagian selatan British Cameroons pula bergabung dengan Cameroun pada tahun 1961 untuk membentuk Republik Persekutuan Cameroon. Negara ini kemudian dinamakan semula sebagai Republik Bersekutu Cameroon pada tahun 1972 dan kemudiannya Republik Cameroon pada tahun 1984.

Berbanding dengan negara-negara Afrika lain, Cameroon menikmati kestabilan politik dan sosial. Ini membolehkan pembangunan pertanian, jalan raya, jalan kereta api, dan industri-industri petroleum dan balak yang besar. Namun begitu, sebilangan besar rakyat Cameroon masih hidup dalam kemiskinan sebagai petani sara hidup. Kuasa dipegang kuat oleh Presiden Cameroon, Paul Biya, dan parti Gerakan Demokratik Rakyat Cameroon beliau, dan amalan rasuah amat meluas. Komuniti rakyat Cameroon berbahasa Inggeris makin berasa diasingkan daripada kerajaan pusat, sehingga ahli-ahli politik berbahasa Inggeris menuntut pengagihan kuasa yang besar dan juga pengasingan bagi wilayah bekas jajahan British daripada negara itu.