Kesatuan Demokratik Kristian Jerman

Kesatuan Demokratik Kristian Jerman
Christlich Demokratische Union Deutschlands
Christlich Demokratische Union Deutschlands
SingkatanCDU
Pemimpin/ketuaFriedrich Merz
PengerusiFriedrich Merz (2022–)
Setiausaha agungPaul Ziemiak (2018–2022)
Diasaskan1945
Didahului olehChristian Democratic Union (GDR) (en) (1990)
Anggota bagi
Senarai
Ibu pejabatKlingelhöferstraße 8
10785 Berlin
AkhbarUnion
Sayap belia/pemudaJunge Union
Keanggotaan (2021) 384,204
IdeologiDemokrasi Kristian,
Konservatisme liberal
Kedudukan politikPertengahan kanan
Hubungan kebangsaanCDU/CSU
Hubungan EropahParti Rakyat Eropah
Kumpulan Parlimen EropahParti Rakyat Eropah
Hubungan antarabangsaCentrist Democrat International,
Kesatuan Demokrat Antabangsa
WarnaHitam (adat)
Jingga (rasmi)
Tapak sesawangwww.cdu.de
Pautan lain
Bundestag
152 / 736
Parlimen Kawasan
486 / 1,884
Parlimen Eropah
29 / 96
Ministerpräsident negeri
6 / 16
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata

Kesatuan Demokratik Kristian Jerman (Jerman: Christlich Demokratische Union Deutschlands, CDU; Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstlɪç ˌdemoˈkʁaːtɪʃə uˈni̯oːn ˈdɔʏtʃlants]) ialah parti politik kedua terbesar di Republik Persekutuan Jerman mengikut jumlah anggota. Sebagai parti yang mengamalkan politik sayap kanan dan tengah, parti demokrasi Kristian dan konservatisme liberal ini turut menganggotai Parti Rakyat Eropah dan juga Kesatuan Demokrat Antabangsa (IDU). Parti ini bergiat aktif di semua negeri di Jerman kecuali di Bavaria. Peranannnya di situ dijalankan oleh Kesatuan Sosial Kristian di Bavaria (CSU). Kedua-dua parti ini bergabung di peringkat persekutuan dengan membentuk satu kumpulan di Bundestag. Kombinasi CDU/CSU ini secara amnya dipanggil Die Union atau Kesatuan.

Parti ini sering mempromosi fahaman konservatif yang disesuaikan dengan ciri-ciri kebajikan sosial yang telah menebal di Jerman. Mereka turut dilihat sebagai pro-perniagaan, lebih-lebih lagi apabila bergabung dengan sekutu tradisi mereka - Parti Demokratik Bebas (FDP). Kali terakhir mereka bergabung membentuk kerajaan ialah sepanjang tahun 1982 - 1998 di bawah pimpinan Canselor Helmut Kohl.

Parti ini pernah dipimpin Canselor Jerman kini Angela Merkel, yang mengetuai kerajaan campuran sejak pilihan raya umum 2005 yang menyaksikan tiada satupun daripada dua gabungan tradisi CDU-FDP dan SPD-Hijau berjaya memperoleh majoriti mudah. Kedudukan CDU/CSU semakin kukuh dalam pilihan raya 2009 (239 kerusi) dan 2013 (311 kerusi dan 42% undi). Ia keputusan terbaiknya dalam masa 23 tahun. Kepimpinan parti tersebut diserahkan kepada Friedrich Merz sejak pilihan raya dalan parti tersebut pada Januari 2022.