Banjir lumpur Pos Dipang 1996
Pemandangan dari atas kesan banjir lumpur di Perkampungan Pos Dipang. | |
| Tarikh | 29 Ogos 1996 |
|---|---|
| Masa | 6:00 petang WPM |
| Lokasi | Perkampungan Penempatan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak, Malaysia |
| Penyebab | Hakisan tanah akibat hujan lebat berterusan |
| Kematian | 44 (termasuk 5 yang hilang) |
Banjir lumpur Pos Dipang 1996 ialah insiden banjir lumpur yang berlaku pada 29 Ogos 1996, jam 6 petang (waktu Malaysia), di Perkampungan Penempatan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak. Kejadian ini berlaku dua hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-39. 44 orang telah terkorban dalam kejadian ini, termasuk lima lagi yang masih hilang.