Bahasa Arab Mesir

Bahasa Arab Mesir
مصري Ma
Sebutan[mɑsˁɾɨ]
Asli kepadaMesir dan beberapa buah negara lain
Penutur bahasa
76,000,000 +
Afro-Asia
Abjad Arab
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada
Dikawal selia olehtiada
Kod bahasa
ISO 639-2arz
ISO 639-3arz

Bahasa Arab Mesir (Arab: اللغة العامية المصرية, singkatan: مَصرى Ma) merupakan lahjah utama Bahasa Arab di tanah Mesir (yakni "lahjah Mesir", Bahasa Arab Fusha: لَهْجَة مِصْرِيَّةlahjah Mirīyah) dituturkan lebih daripada 76 juta orang. Lahjah ini berasal dari Delta Nil sekeliling ibu kota Kaherah di Mesir Hilir; ia mula berkembang sejak pembawaan bahasa Arab lisan ke Mesir abad ke-7 dipengaruh utama Bahasa Qibti turunan bahasa masyarakat asli Qibti yang dituturkan dari zaman sebelum dan semasa para anbia, dan selepas itu oleh bahasa lain seperti Bahasa Turki semasa zaman Iyalah dan Khidiwiah kerajaan Uthmaniyah. Bahasa Arab Mesir lahjah paling termasyhur dikenali dan banyak dipelajari dalam dunia Arab luar negara ini selepas Bahasa Arab Fusha kerana pengaruh luas industri filem dan muzik Mesir di kalangan bangsa Arab.

Kalimah "Bahasa Arab Mesir" dan "Masri" selalunya disama erti dengan "Bahasa Arab Kaherah", suatu dialek yang dituturkan di ibu negara Mesir. Manakala perkataan Mar digunakan oleh penduduk tempatan untuk merujuk ibu negara Mesir sendiri, iaitu Kaherah. Sama seperti keadaan Bahasa Perancis, Bahasa Arab Mesir memainkan peranan yang besar dalam semua hal-hal kebangsaan. Bahasa Arab Mesir biasanya ditulis dengan huruf Arab untuk kegunaan tempatan, walau bagaimanapun, Bahasa tersebut juga ditulis menggunakan tulisan Latin atau Abjad Fonetik Antarabangsa dalam teks-teks linguistik dan buku-buku teks untuk kemudahan mengajar bangsa asing.