Babi
| Babi بابــي | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Filum: | Kordata
|
| Subfilum: | Vertebrat
|
| Order: | Artiodactyla
|
| Keluarga: | Suidae
|
| Genus: | Sus
|
| Spesies: | sila lihat bawah
|
| Subspesies: | Pelbagai spesies:
Sus barbatus Sus bucculentus Sus cebifrons Sus celebensis Sus domesticus Sus heureni Sus philippensis Sus salvanius Sus scrofa Sus timoriensis Sus verrucosus |
| Sinonim | |
| |
Babi (Jawi: بابي), khinzir (Jawi: خنزير) atau bayi (Brunei) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah binatang maserba, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.