Ayn Rand

Ayn Rand
Lahir2 Februari 1905
St. Petersburg, Rusia
Meninggal dunia6 Mac 1982
Bandaraya New York
PekerjaanAhli falsafah, penulis novel serta drama
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "magnum_opus" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "influences" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "influenced" yang tidak diketahui


Ayn Rand (2 Februari 19056 Mac 1982), dilahirkan di Rusia dengan nama Alisa Zinov'yevna Rosenbaum (Rusia: Алиса Зиновьевна Розенбаум), ialah seorang ahli falsafah wanita Amerika Syarikat yang paling dikenali untuk pengembangan Objektivisme, serta novel-novelnya yang termasuk:

  • Kepala Air Pancut (The Fountainhead)
  • Atlas Tidak Diendahkan (Atlas Shrugged)
  • Kami Yang Hidup (We the Living)
  • Lagu Puja (Anthem).

Seorang tokoh Amerika Syarikat yang agak berpengaruh selepas Perang Dunia II, karya-karya Rand telah menarik kedua-dua kekaguman yang ghairah serta pengutukan yang pedas. Karya-karyanya menekankan apa yang beliau menganggap sebagai konsep-konsep falsafah asas untuk kenyataan objektif, jalan fikiran, egoisme rasional, serta kapitalisme laissez-faire dan pada masa yang sama, membidas apa yang beliau memperlihatkan sebagai ketakrasionalan dan ketaksusilaan altruisme, kolektivisme, dan komunisme. Rand mempercayai bahawa:

  • orang-orang harus memilih nilai-nilai mereka melalui pemikiran;
  • setiap individu berhak untuk hidup semata-mata untuk diri sendiri, tanpa mengorbankan diri untuk orang lain, atau mengorbankan orang lain untuk diri sendiri;
  • tiada sesiapa pun yang berhak untuk mengambil harta orang lain, baik melalui pemaksaan mahupun melalui penipuan, atau untuk mengenakan tata kesusilaan terhadap orang-orang lain melalui kekuatan fizikal. Politiknya telah diperihalkan sebagai minarkisme dan libertarianisme, walaupun beliau tidak pernah menggunakan istilah pertama dan sangat benci akan istilah yang kedua.

Matlamat khusus fiksyen Rand adalah untuk menonjolkan pahlawan Rand yang ideal, seorang yang keupayaan dan kebebasannya mengakibatkan percanggahan dengan masyarakat tetapi yang walaupun demikian, masih tekun mencapai matlamat-matlamatnya.