Arsenik

Arsenik (Jawi: ارسنيك serapan Arab: الزِرنِيخ, rumi: az-zirnīkh), berangan (Jawi: براڠن) atau warangan (Jawi: وارڠن) ialah sejenis unsur kimia dengan simbol As, nombor atom 33 dan jisim atom relatif 74.92. Unsur metaloid ini diguna­kan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik dan sebagainya.