Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
JenisUpacara anugerah
PeneranganPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
PenajaBerita Harian
TV3
Tarikh14 Mei 2017
LokasiDewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
NegaraMalaysia
PengacaraFauziah Ahmad Daud
Faizal Ismail
Zulin Aziz
Kali pertama1987
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan180 minit
Diterbitkan olehRoslina "Ayong" Abd. Rahman
Diarahkan olehRoslina "Ayong" Abd. Rahman
Tapak web
abp.bharian.com.my
Kronologi
 ke-29 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (juga dijenamakan sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-30 oleh penaja utamanya, Berita Harian, Pamoga QuPuteh dan Coca Cola. Anugerah ini diadakan pada 14 Mei 2017 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.