Anjing Samoyed

Anjing Samoyed
Nama ringkasBjelkier
Negara asalRusia
Trait
Berat Jantan 20–30 kg (44–66 lb)
Betina 16–20 kg (35–44 lb)
Tinggi Jantan 51–56 cm (20–22 in)
Betina 46–51 cm (18–20 in)
Warna Putih atau krim atau putih dan biskut
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Samoyed atau hanya samoyed ialah satu baka anjing gembala dengan lapis bulu ganda putih tebal. Ia merupakan anjing jenis spits yang mendapat nama daripada orang Samoyedik di Siberia. Sebagai anjing yang diturunkan daripada laika gembala Nenets, ia merupakan haiwan bela jinak yang membantu dalam penggembalaan, perburuan, perlindungan, dan penarikan kereta luncur salji.

Anjing Samoyed paling kerap putih dan dapat mempunyai sentuhan perang pada lapis bulu gandanya yang merupakan penolak kotoran semula jadi. Ia telah digunakan dalam ekspedisi di wilayah Artik dan di wilayah Antartika dan mempunyai pembawaan ramah dan menyenangkan.