Ani Maiyuni
Ani Maiyuni | |
|---|---|
| Kelahiran | Aishah An-Nur binti Osman 3 Ogos 1978 |
| Nama lain | Ani, Ani Maiyuni @ Mayuni |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Pasangan | Zairi bin Azmi (k. 2004) |
| Anak-anak | 3 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop & Dangdut |
| Syarikat rakaman | Cherry Talent Management FMC Music Warner Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Kumpulan Sugar, Iwan, Amelina, Mas Idayu, Sheeda, Haiza |
Aishah An-Nur binti Osman atau lebih dikenali sebagai Ani Maiyuni (lahir 3 Ogos 1978) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah salah seorang bekas peserta Bintang HMI 1995 bersama Siti Nurhaliza, sebelum bergerak secara solo sebagai penyanyi dangdut, Ani merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sugar. Ani juga pernah memenangi Anugerah Album Dangdut Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-6 tanpa bertanding pada tahun 1999 menerusi Album Sedap.
Pada tahun 2016, Ani telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bintang Dangdut Malaysia. Ani juga merupakan antara sasaran kemarahan netizen akibat isu bantuan untuk artis.