Android (sistem pengendalian)
| Android | |
|---|---|
Logo sejak 2023 | |
Tangkap layar Paparan rumah Android 12 menggunakan Pixel Launcher | |
| Maklumat umum | |
| Eponim | Andrew Rubin (en) dan Android |
| Jenis sistem | Sistem pengendalian |
| Keluarga sistem | Ala UNIX (Inti Linux yang diubahsuai) |
| Pengasas | Rich Miner (en) , Andrew Rubin (en) , Google (mul) , Open Handset Alliance |
| Pembangun | Pelbagai (kebanyakan Google dan Open Handset Alliance) |
| Ditulis dalam | Java (UI), C (isi), C++ dan sebagainya |
| Keadaan kerja | Semasa |
| Model sumber | Sumber terbuka (kebanyakan peranti termasuk komponen hak milik, seperti Google Play) |
| Keluaran awal | 23 September 2008 |
| Keluaran terkini | Android 11 8 September 2020; 7 bulan lalu Android 10 / 3 September 2019 |
| Pratonton terkini | Android 10 |
| Tersedia dalam | 100+ bahasa |
Senarai bahasa | |
| Sasaran pemasaran | Telefon pintar, Komputer tablet, TV pintar (Android TV), Android Auto dan jam pintar(Wear OS) |
| Ciri teknikal | |
| Kaedah pengemaskinian | Over-the-air |
| Pengurus pakej | berasaskan APK |
| Pelantar | |
| Jenis inti | Inti Linux |
| Ruang pengguna | Bionic libc, mksh shell, Toybox sebagai utiliti teras (bermula dari Android 6.0) |
| Antara muka pengguna lalai | Grafik (multi-sentuh) |
| Lesen |
|
| Format fail boleh ditulis | Senarai |
| Format fail boleh dibaca | |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | www |
| Blog | https://blog.google/products/android/ |
| Repositori | http://android.googlesource.com/ dan http://android-review.googlesource.com/admin/repos |
| Tanda pagar | android |
| Rencana dalam siri ini | |
| Android version history | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Android adalah sistem pengendalian ataupun sistem operasi yang menjalankan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer riba. Ia dibangunkan berdasarkan sistem-sistem perisian Linux dan GNU oleh Android Inc., perkembangan sistem ini dilanjutkan firma Google yang membeli syarikat ini. Google turut membentuk suatu konsortium Open Handset Alliance daripada 34 syarikat telekomunikasi termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Ia mempunyai 2 bilion pengguna aktif secara bulanan Setakat Mei 2017. Pembekal tunggalnya, Google Play menawarkan lebih 3 juta aplikasi mudah alih setakat Ogos 2020.
Versi stabil terkini sistem ini,ialah Android 11, yang dilancarkan pada 8 September 2020.