Android
Android ([an.droid]) ialah robot atau makhluk buatan lain direka untuk menyerupai manusia, dan sering dibuat dari bahan seumpama daging. Ia lazimnya ada dalam cereka sains filem dan televisyen, namun kemajuan terkini dalam teknologi robot kini membolehkan rekabentuk robot humanoid berfungsi dan realistik.